SANEX MARKETING

KEPAKARAN KAMI

Kami pakar dalam pengedaran bahan mentah poliuretana dan pembuatan formulasi serta solusi yang bersesuaian untuk pelbagai aplikasi dan industri.

POLIURETANA

Produk dan perkhidmatan kami melangkaui pelbagai industri dan aplikasi termasuk Automotif, Pembinaan, Penebatan Termal, Pelekat, Penyalutan dan segmen pasaran berasaskan poliuretana.

KE VIETNAM

Tahun 2011 adalah tahun yang bersejarah bagi Sanex Marketing. Untuk terus meluaskan komitmen dalam menawarkan produk berkualiti tinggi, pengetahuan teknikal dan khidmat pelanggan yang cemerlang, Sanex Marketing Vietnam telah ditubuhkan. Beroperasi dari Bandar Ho Chi Minh, kami memastikan pasaran Vietnam turut mendapat manfaat dan menikmati pengalaman yang hebat seperti pelanggan-pelanggan kami di Malaysia.

KAMI MEMASARKAN PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Kami percaya, kualiti adalah kunci kepada pertumbuhan yang mampan. Gabungan kepakaran kami dalam formulasi poliuretana dengan sumber bahan mentah berkualiti daripada beberapa pengeluar terkemuka di dunia, membolehkan kami menawarkan teknologi poliuretana berkualiti tinggi dan terkini yang mematuhi standard Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar tempatan dan antarabangsa kepada pelanggan kami.

DALAM MENJUAL, KAMI MENDIDIK

Kami percaya bahawa pengetahuan perlu dikongsi bersama pelanggan. Daripada bahan kimia produk hingga ke penambah baikan proses pembuatan, keperluan peraturan hingga tanggungjawab produk, kami komited untuk terus membina dan meningkatkan keupayaan.

KAMI BERKEMBANG BERSAMA PELANGGAN DENGAN MENGUTAMAKAN KEPERLUAN MEREKA

Kami yakin bahawa kejayaan pelanggan kami adalah kejayaan kami. Kami bekerjasama dengan pelanggan kami untuk terus meningkatkan dan mengembangkan produk akhir yang berkualiti demi mengukuhkan kedudukan dalam pasaran dan daya saing mereka.

Dengan kerjasama yang tekun dan komited, kami berjaya menghasilkan formulasi sendiri seperti solusi poliuretana dan poliisosianurat yang terbaik dalam industri bagi pengeluaran berterusan panel senibina. Kami juga telah membangunkan solusi yang menjimatkan kos untuk panel sandwich bersalut wul batuan.

Dengan kerjasama erat bersama pelanggan, kami akan terus komited untuk memastikan kejayaan dan pertumbuhan yang mampan.

SEJARAH SANEX

PERJALANAN KAMI

2004

DITUBUHKAN

Bermulanya perjalanan

2008

LANGKAH PERTAMA

Menjadi pengedar Huntsman Polyurethanes dan fokus awal adalah pada aplikasi komponen luaran automotif di Malaysia

2010

BIDANG BARU

Menceburi aplikasi penebatan termal untuk bahan binaan bersama Huntsman Polyurethanes.

2011

MULA MENINGKAT

Produk sendiri dilancarkan dan operasi diluaskan ke Ho Chi Minh City, Vietnam.  

2013

INOVASI

Sumber dimanfaatkan untuk penyelidikan dan pembangunan produk Sanex.

2014

INTEGRASI STRATEGIK

Mewujudkan hubungan strategik antara pengilang tol dan pembekal bahan mentah untuk meningkatkan daya saing.

2015

DILUASKAN KE UTARA

Membina reputasi di Hanoi, Vietnam.

2017 2018

PELANCARAN PRODUK BARU

– Memperkenalkan Sistem Atap Semburan Pentana ke pasaran.
– Sistem Panel Sandwic PUR/PIR Semburan Pentana dilancarkan.
– Sistem Atap Separa-Tegar Semburan Air diperkenalkan

2019

APLIKASI TERKINI

Berjaya memperkenalkan Sistem Tebatan Semburan Air ke dalam aplikasi tangki simpanan pemanas air.

2021

PELANCARAN PRODUK BARU DITINGKATKAN

– Sistem Tebatan Semburan Air & Pentana untuk aplikasi peti ais.
– Sistem Tebatan Semburan HFC untuk aplikasi panel sandwic.
– Sistem Tebatan Semburan Pentana untuk aplikasi paip dalam paip yang telah ditebat.

2022

MENEROKA KE THAILAND

Meneroka pasaran PU Thailand bersama rakan kongsi tempatan.

2023

JENAMA SENDIRI UNTUK AUTOMOTIF

Memperkenalkan jenama sendiri untuk Sistem Kit Badan Kenderaan.

2023

ALPHA CHEMICAL SOLUTION

Menubuhkan anak syarikat baru yang memfokuskan pada pelekat, penyalutan dan aplikasi khas.

SETERUSNYA

TERUS MENINGKAT MAJU

Penyelidikan dan pembangunan berterusan rangkaian produk baru.

2017 – 2018

KLIEN KAMI

Kecemerlangan berterusan yang diraih telah meningkatkan kredibiliti Sanex Marketing di dalam industri automotif Malaysia. Kami berbangga menjadi pembekal Tier 2 yang membekalkan sistem poliuretana kepada pengilang barangan OEM untuk Proton, Toyota, Nissan dan Honda untuk pengeluaran pelbagai bahagian luaran dan dalaman.

Dengan kerjasama erat serta berpasukan dengan pelanggan yang dihargai, kami turut berbangga menjadi pembekal untuk Agso GSI dan Big Dutchman.

Sanex Marketing turut diberi pengiktirafan untuk menjadi rakan kongsi pembekal kepada Joven yang diiktiraf sebagai jenama Malaysia No.1 bagi Pemanas Air mengikut kajian IPSOS pada tahun 2013.

Sanex Marketing Vietnam pula telah dipilih sebagai pembekal untuk Duy Tan Plastic bagi pelbagai produk thermoware-nya. Kami juga berjaya membina reputasi sebagai salah satu syarikat peneraju di pasaran dalam membekalkan barangan bersalut PU di Vietnam kepada Phuong Huyen, Phu Hung, Hoa Hiep dan banyak lagi.